Wednesday, 15 June 2016

Janji Barisan Nasional di Teluk Intan , BN’s promise in Teluk Intan

Pada Mei 2014, ketika berkempen pada pilihan raya kecil untuk Parlimen Teluk Intan, peminpin peminpin Barisan Nasional teleh membuat beberapa janji kepada penduduk Teluk Intan. Kata mereka, program-program pembangunan akan dilaksanakan sekiranya calon Barisan Nasional, Dato Mah Siew Keong menang. Antaranya adalah pembinaan universiti di Teluk Intan, perkhidmatan jalur lebar UNIFI, rumah mampu milik dan sebagainya. 

Tapak UPSI di Jalan Changkat Jong Teluk Intan.
Pada ketika itu, banyak pihak yang meragui janji-janji Barisan Nasional. Mereka berpendapat bahawa janji itu adalah janji kosong yang tidak akan dilaksanakan selepas calon BN menang. Sehingga hari ini, pihak pembangkang terutamanya dari DAP masih menipu rakyat dari tempat lain bahawa tiada satu pun janji BN yang dibuat ketika pilihanraya kecil Teluk Intan telah dilaksanakan. Sewaktu berkempen di Sarawak dan ketika ini, apabila mereka berkempen di Kuala Kangsar dan Sungai Besar, mereka memberitahu penduduk penduduk di sana bahawa BN kantoi di Teluk Intan dan menyeru supaya orang ramai jangan ditipu lagi oleh BN. 

Sebagai orang Teluk Intan, saya tahu bahawa janji yang dibuat oleh peminpin Barisal Nasional telah dilaksanakan ataupun sedang dilaksanakan. Tiada siapa yang lebih tahu perkembangan di Teluk Intan lebih mendalam berbanding orang Teluk Intan sendiri. 

For the naysayers who doubt BN’s promises in Teluk Intan, I can only say a picture is worth a thousand words. In return, I would like to ask the state government of Penang and Selangor under the Pakatan Whatever Rakyat Harapan coalition to show their report card. More precisely, I am interested to know what happened to the CAT - Competency, Accountability, and Transparency promise of Lim Guan Eng’s government in Penang. 

No comments:

Post a Comment