Thursday, 6 February 2014

Kalau tidak berfasih ber-Bahasa Melayu – KELUAR DARI MALAYSIA ! apa kata parti komponen BN?


Saya membaca sebuah artikel seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini berkaitan dengan tindakan sekumpulan NGO Muslim yang “menconteng” muka beberapa orang pemimpin DAP dan PKR dengan darah ayam di ibu kota pada hari ini dengan hati yang amat terguris.



Bukan itu sahaja, seorang pemimpin daripada NGO tersebut, Encik Zulkifly Sharif juga mencadangkan kepada kerajaan Malaysia bahawa orang Cina dan India yang sudah tidak fasih berbahasa Melayu ataupun tidak menunjukan taat setia kepada Raja dan Negara harus dibuang negara dan dihantar pulang ke negara asal mereka.

Justeru itu, untuk menunjukan bahawa saya masih boleh membuat rencana dengan Bahasa Melayu dan fasih dalam bahasa tersebut, saya menulis blog ini menggunakan Bahasa Melayu kerana saya tidak mahu dikategorikan sebagai orang Cina yang sudah lupa kepada Bahasa Kebangsaan dan mungkin akan dihantar ke negara China kalau kerajaan bersetuju dengan cadangan Encik Zulkifly Sharif. Saya rasa saya masih sayangkan Malaysia ini. Ini kan bumi yang bertuah ? Ini kan Malaysia yang aman dan damai ?  

Tetapi, saya di sini ingin mendapatkan pendapat daripada Zulkifly, bagaimana pula dengan orang Melayu yang tidak fasih berbahasa Melayu? Satahu saya, terdapat banyak kawan saya yang berbangsa Melayu dan beragama Islam yang memang tidak fasih berbahasa Melayu. Katanya, speak English baru ada standard, baru macam Melayu Glokal yang dikehendaki oleh Perdana Menteri kita.  Bukan setakat itu sahaja, terdapat juga ahli UMNO, anak-anak pemimpin UMNO yang tidak fasih berbahasa Melayu juga, jadi, perlukah mereka dibuang negara? Kalau dibuang, ke manakah kerajaaan Malaysia perlu menghantar golongan ini?

Selain itu, terdapat juga orang Jawa, orang Bugis, orang Sumatera, orang Sulu dan yang lain lain yang bukan dalam kategori orang Melayu, tetapi mereka ini rakyat Malaysia dan mereka memang tidak fasih berbahasa Melayu. Malah, kesetiaan mereka kepada Raja dan Negara juga amat diragui. Patutkah mereka dibuang negara juga? Jikalau golongan ini dibuang negara, saya takut nanti Barisan Nasional boleh kalah Putrajaya sebab setahu saya, mereka ini memang penyokong tegar Barisan Nasional. Macam mana ni? 

Terdapat juga banyak pemimpin dan ahli ahli daripada parti parti komponen Barisan Nasional yang tidak fasih berbahasa Melayu juga. Kalau tidak silap saya, ada di antara mereka yang langsung bukan sahaja tidak tahu menulis satu baris ayat menggunakan Bahasa Kebangsaan kita, mereka juga langsung tidak fasih. Adakah Zulkifly akan menyuruh kerajaan Barisan Nasional menghantar mereka pulang ke negara asal mereka juga?

Sebenarnya, saya juga tidak begitu fasih berbahasa Melayu dan saya jarang menggunakan Bahasa Kebangsaan, jadi patutkah saya dihantar pulang ke negara China?

The list goes on and on but so far, nobody from any right wing NGO or political party has ever being charged in court for uttering seditious statements or doing things that are deemed seditious. The list is just too long for me to cite here but any learned Malaysian know what are those. Ranging from Perkasa’s nonsense to the latest “stunt shows” that involved blood. Therefore, I am wondering, can I utter something seditious and get away with it as well?

I read with utter disgust news report by Malaysiakini that members of several Muslim NGOs slaughtered four chickens and smeared the blood on a banner with the faces of Seputeh MP Teresa Kok, Gelang Patah MP Lim Kit Siang, Penang Chief Minister Lim Guan Eng and Machang Bubuk PKR state assemblyperson Lee Khai Loon.

The group of NGOs that took part in the so called Council of Islamic NGOs’ 'Protest against insults to Malay leadership, the Yang di-Pertuan Agong and Islam and Malay dignity by a splinter of politicians, leaders and Chinese chauvinists.' During that demonstration, which I wonder whether they have obtained a police permit, one of the rally organisers, Zulkifly Sharif urged that the government expel Chinese and Indian citizens who were not fluent in Malay from the country.

"We hope that, while the operation to flush out illegal immigrants is on-going, that the Home Ministry will also screen Malaysians, especially the Chinese and Indians who are not fluent in Malay or no longer show loyalty to the king and country to be banished," said Zulkifly.

I think I do not have to urge the Chief Inspector of Police to take any action against these protestors because I am sure DAP and PKR leaders would have made a beeline to the police station now for action to be taken. However, I am more concerned of the respond from leaders from BN’s component parties, especially MCA. 

For MCA to redeem itself; we need not Kajang, all we need is to speak out against the ever increasing nonsense from right wing Malay NGOs and even from UMNO itself and fight for affirmative action be taken against them. That is what the Chinese community wants from us. Right now, they are looking at us as a party without the guts to speak against the right wing groups. We should act fast or should we wait till our President's picture being smeared with God-know what blood then only we act? 

Kita harus berani kalau benar !! 

No comments:

Post a Comment